21 May
Keadah Penulisan Bahasa

Dalam penulisan karangan fakta, terdapat beberapa kriteria bahasa yang perlu diambil kira iaitu dari segi aspek:

  • Tatabahasa

Tatabahasa merupakan aturan bahasa yang ditunjukkan dalam bentuk rumus-rumus bahasa. Tatabahasa menjadi komponen yang amat penting dalam pengjaran bahasa kerana ia menjadi panduan kepada pelajar dan pengguna bahasa untuk membina kata dan ayat dengan betul.

  • Sintaksis

Bidang sintaksis merupakan salah satu komponen tatabahasa. Bidang sintaksis ini mengkaji frasa, kalausa dan ayat. Dalam bidang ini, pelajar perlu menggunakan ayat-ayat mudah dan juga ayat-ayat yang kompleks dengan seimbang.

  • Penanda wacana

Penanda wacana merupakan kata atau rangkai kata yang digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain bagi menujukkan wijudnya satu kesatuan ayat yang utuh. Oleh sebab penanda wacana itu merangkaikan ayat dengan ayat, maka penanda wacana itu juga dikenal sebagai perangkai ayat atau peranti linguistik. Terdapat tiga jenis penanda wacana iaitu menunjukkan pertautan dari segi kronologi, memperjitu organisasi penulisan dan menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.

  • Menunjukkan pertautan dari segi kronologi:

Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu seperti semenjak itu, mula-mula, kemudian, sebelum dan sebagainya.

  • Memperjitu organisasi penulisan

Berfungsi untuk mempertautkan hubungan bahagian wacana dengan bahagian yan lain. Contohnya, sebagai kesimpulan, dalam hal ini, akhir sekali, tegasnya, dan lain-lain lagi.

  • Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain

Berfungsi untuk menambah atau memperluas idea, pertentangan idea dan menunjukkan hubungan antara sebab-akibat atau tujuan-syarat. Misalnya, selain itu, di samping itu, begitu juga, seterusnya, selanjutnya, sebaliknya, tetapi, walau bagaimanapun, walaupun semikian, sebenarnya, oleh sebab itu, oleh yang demikian, maka, dengan demikian dan sebagainya.

  • Ungkapan yang menarik

Ungkapan yang menarik ini ialah penggunaan kosa kata yang tepat, frasa-frasa yang menarik, peribahasa dan sebagainya dalam menghasilkan karangan yang menarik. Sebagai contoh, genggam bara api biar sampai jadi arang, mentari tinggi di kepala, mengulum senyuman dan lain-lain lagi

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING