Terdapat beberapa jenis kaedah untuk penulisan isi karangan fakta iaitu mengenal pasti kehendak soalan, mencari fokus isi karangan, menyenaraikan isi fokus utama dan isi fokus sampingan dan yang terakhir olah menghasilkan rangka karangan penuh.
1. Mengenal pasti kehendak soalan-
Terdapat tiga elemen penting yang boleh digunakan untuk mengenal pasti kehendak soalan iaitu tujuan karangan, isi soalan dan golongan sasaran. Elemen pertama yang wajib semua pelajar patuhi sebelum menulis karangan ialah tujuan karangan. Tujuan karangan ini bermaksud untuk mengenal pasti tujuan karangan tersebut dibina dengan mempunyai unsur kata tanya ‘kenapa’. Hal ini demikian kerana pelajar dapat menggagak dan mencari idea untuk menulis karangan berkonsepkan apa. Selepas itu, pelajar perlu mengenal pasti isi utama yang sesuai dengan kehendak soalan yang telah dinyatakan dan mengenal pasti golongan sasaran iaitu pembaca, kepada siapa karangan tersebut ditujukan.
2. Mencari fokus isi karangan-
Jenis kedua yang perlu ada sebelum menulis karangan ialah membentuk fokus isi karangan. Dalam membentuk fokus isi karangan tersebut, ia patut berkaitan dengan tujuan karangan, isi soalan dan golongan sasaran. Selepas mengenal pasti elemen tujuan karangan, isi soalan dan golongan sasaran, pelajar perlu fokus membentuk isi karangan. Hal ini demikian kerana dapat membantu pelajar untuk memikirkan isi-isi yang diperlukan. Contoh soalan karangan dapat dilihat seperti di bawah:
Contoh soalan karangan: ' Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya'. Huraikan kepentingan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.
Fokus isi:
3. Menyenaraikan isi utama dan isi sokongan
Jenis ketiga yang perlu ada sebelum menghasilkan karangan yang baik iaitu menyenaraikan isi utama dan isi sampingan.Seseorang pelajar sebolehnya menyenaraikan isi utama mengikut keutamaan iaitu isi penting hinggalah isi yang kurang penting.
4. Merangka isi karangan
Jenis yang terakhir ialah merangka isi karangan. Seseorang pelajar wajib merangka isi karangan sebelum menulis karangan dengan sepenuhnya. Isi karangan yang dirangka tersebut perlulah dibuat berdasarkan isi utama dan isi sokongan yang sudah disenaraikan tadi. Selepas itu, pelajar hanyalah perlu memasukkan isi tersebut ke dalam satu bentuk isi.